Sakit perut yang dialami seorang lelaki di Kazakhstan selama hampir 12 tahun akhirnya terjawab selepas dia melakukan ujian x-ray.
Kesakitan melampau Karp Ponomaryov, 53, itu rupa-rupanya berpunca daripada sebilah gunting sepanjang 20 sentimeter yang tertinggal di dalam perutnya ketika menjalani pembedahan lebih sedekad lalu.
Sebelum ini, Ponomaryov tidak pernah mengambil serius untuk merawat kesakitan itu kerana ia hanya menyerang apabila dia mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak.
Bagaimanapun, dia terpaksa melakukan pemeriksaan kerana hilang selera makan secara tiba-tiba kira-kira sebulan lalu.
"Saya tidak pernah melihat kes kecuaian seperti ini dan ia tidak sepatutnya berlaku," kata Dr Baurzhan Aybaev.
Difahamkan, Ponomaryov tidak berhasrat untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang sebaliknya dia hanya mahu menjalani pembedahan segera untuk mengeluarkan gunting tersebut dari perutnya.
0 comments:
Post a Comment