Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, November 6, 2014

JENGKA : TERMINAL DICEMARI NAJIS BURUNG

Tompokan najis di tangga eskalator terminal yang menjijikkan sehingga mengundang rasa tidak selesa kepada pengguna.


Kompleks Pengangkutan Terminal Bersepadu Jengka Sentral dicemari najis burung sejak enam bulan lalu termasuk di eskalator dan ruang medan selera.

Kehadiran ribuan burung yang sering bersarang di kebanyakan bangunan terminal bas seperti di kawasan lain itu mengundang rasa tidak selesa dalam kalangan pengguna.

Seorang pengguna dari Felda Jengka 13, Asnizam Sikas, 33, berkata, eskalator yang berada di ruang tengah terminal tidak lagi menjadi pilihan pengguna ke tingkat atas kerana terdapat tompokan najis di merata tempat.

Menurutnya, pemandangan menjijikkan itu boleh dilihat sebaik memasuki dari pintu utama sekali gus memberi imej negatif terhadap kemudahan tersebut yang bernilai jutaan ringgit.

“Saya pernah melihat beberapa pekerja terpaksa mencuci najis burung di ruang dalam terminal dan difahamkan mereka terpaksa berbuat demikian pada setiap pagi demi keselesaan orang ramai.

“Mahu berjalan pun perlu berhati-hati malah tempat duduk di ruang menunggu juga dicemari najis burung.

“Kehadiran burung memang sukar dihalang tetapi jika ada siling bumbung terutama di ruang dalam terminal, masalah ini mungkin dapat dikurangkan,” katanya.

Seorang pekerja swasta, Ahmad Zaki Abdullah, 37, berkata, tompokan najis di meja makan medan selera sangat meloyakan sehingga menjadi rungutan pelanggan.

Menurutnya, ruang dalam terminal itu adalah tertutup maka masalah tersebut tidak sepatutnya berlaku.





0 comments:

share2