Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, November 7, 2014

BANJIR KILAT: ENAM SEKELUARGA TERPERANGKAP


Rembau - Enam orang daripada satu keluarga terperangkap dalam rumah mereka berikutan kejadian banjir kilat di pekan Pedas dekat sini, petang semalam.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Abdul Halim Abdul Malik berkata enam anggota bersama sebuah jentera yang bergegas ke lokasi berkenaan pukul 5.33 petang mendapati banjir kilat itu menyebabkan jalan yang menghubungkan kampung tersebut terputus.

"Terdapat enam orang sekeluarga terperangkap di dalam rumah mereka. Hujan lebat menyebabkan paras air naik mendadak di sungai berdekatan sehingga air melimpah memasuki rumah keluarga berkenaan.

"Operasi menyelamat menggunakan tali yang diikat pada tiang elektrik berdekatan di samping penggunaan jaket keselamatan bagi mangsa. Kami turut menunda sebuah bot sebagai langkah persediaan jika paras air meningkat semasa operasi menyelamat dijalankan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya operasi tersebut selesai sepenuhnya pada kira-kira pukul 7 malam dan kesemua mangsa dibawa ke kawasan selamat.

0 comments:

share2