Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, October 23, 2014

MENDERITA TINGGAL DI REBAN AYAM

Kota Bharu - Harapan seorang wanita untuk mendapatkan ‘kasih sayang’ teman lelakinya bertukar derita apabila dia terpaksa tinggal dalam reban ayam terbiar di Kemumin, Pengkalan Chepa, di sini.

Wanita berusia 34 tahun itu dipercayai tinggal bersama teman lelakinya sejak dua minggu lalu dan ia diketahui kakak lelaki terbabit namun enggan ambil peduli kerana adiknya itu dikatakan kaki pukul.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Menurutnya, mangsa berasal dari Bachok tinggal lebih dua minggu di reban tersebut bersama teman lelakinya.

“Mangsa dipercayai mengikut lelaki itu yang juga penagih dadah tinggal bersama, bukan secara paksa namun atas kerelaannya. Malah, mangsa juga penagih dadah selepas terpengaruh dengan teman lelakinya.

"Mungkin kerana tidak tahan tinggal di reban ayam, mangsa cuba mendapatkan simpati kakak suspek. Sebelum ini mangsa masih bertahan kerana bimbang dipukul teman lelakinya yang mengugutnya supaya tidak keluar dari tempat tersebut," katanya.

Rohaimi berkata, mangsa menjerit meminta tolong daripada kakak suspek yang tinggal berhampiran reban berkenaan.

Menurutnya, kakak suspek yang simpati dengan mangsa kemudiannya menghubungi polis.

"Polis masih giat mengesan suspek yang berjaya meloloskan diri selepas melihat polis tiba di tempat kejadian.

"Hasil ujian air kencing, mangsa positif dadah dan kes disiasat di bawah Sekyen 334 Kanun Keseksaan," katanya.

0 comments:

share2