Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, October 25, 2014

[KUANTAN] KEMENANGAN PAHANG - SATU AMARAN


Kemenangan pasukan Pahang menentang Kedah dalam usaha ke separuh akhir Piala Malaysia adalah hadiah buat KDYMM Sultan Pahang menjelang sambutan 40 tahun pemerintahannya. Ianya juga hadiah buat penyokong-penyokong Pahang serta seluruh rakyat negeri Pahang.

Pasukan Pahang turun ke gelanggang dengan kekalahan 1 - 3 kepada Kedah ketika bermain ditempat lawan terdahulu. Mencari kemenangan aggregat 2 - 0 bermain ditempat sendiri bukannya perkara mustahil namun bukan juga sesuatu yang boleh dianggap mudah.

Jika dilihat dari perlawanan di Kedah dahulu ianya agak memeritkan kerana permainan Kedah ketika itu sungguh mantap dan kemas, namun dalam bola sepak tiada yang mustahil dan permainan bolesepak juga tidak boleh diukur dengan sifir.

Pasukan Pahang turun dengan nekad dan semangat perjuangan untuk layak ke final dan seterusnya menjadi juara. Pahang mengejutkan penonton dengan ledakkan gol pertama oleh Matias Conti hanya dalam masa 4 minit perlawanan bermula.

Pahang mengawal permainan dan langsung tidak membiarkan Kedah mengawal bola dan bahkan pasukan Kedah kelihatan hilang arah.

Gol kedua disumbat oleh Gopinathan dalam minit ke 25. manakala Matias Conti mendominasi jaringan gol pada malam semalam dengan menjaringkan 2 lagi gol.

Dickson Nwakaeme, sebagai bintang dalam perlawanan semalam bermain begitu cemerlang dengan larian-larian menarik serta kawalan bola yang kemas bahkan pencetus kepada kebanyakan rembatan dan jaringaran gol.

Gol ke-5 Pahang sekali lagi dijaringkan oleh Gopi setelah membawa bola dengan larian kencangnya dari kawasas sendiri, mengelecek pertahanan Kedah sebelum merembat masuk dengan kencang.

Bagaimanapun pada minit-minit terakhir dalam perlawanan, pergerakan Pahang semakin perlahan perlahan akibat keletihan serta seolah berpuashati. Semangat demikian sepatutnya tidak ada kepada pasukan Pahang. Jangan ada rasa berpuas hati, jangan ada belas kasihan dan sepatutnya Pahang dapat sekurang-kurangnya lagi dua gol yang disia-siakan dari peluang yang baik.

Jika Pahang dapat terus mengekalkan mood permainan begini dalam perlawanan akhir nanti, sudah pasti walau siapapun pencabarnya Pahang akan tetap dapat memastikan akan jadi juara pada tahun ini.

Perlawanan semalam bagai memberi amaran kepada Felda FC mahupun Johor DT bahawa mereka harus bersedia untuk menerima cabaran yang getir dari pasukan Pahang DM, bermain dengan baik atau kekalahan memalukan.

Editor.


0 comments:

share2