Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, October 25, 2014

GUNA TWITTER MINTA BANTUAN PM


Twitter


Kelana Jaya - Sukar untuk dipercayai namun itulah hakikatnya!

Seorang mahasiswa dikatakan mengalami kesempitan wang bagi membeli buku dan kelengkapan pembelajaran sehinggakan dia mengambil keputusan untuk mengadukan masalah itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi laman sosial Twitter.

Keluhannya itu nampaknya berjaya membuka mata Perdana Menteri yang kemudiannya mengambil keputusan untuk merealisasikan skim bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M).

Bermula pada 2012 sehingga tahun ini, bantuan diteruskan dan diberikan kepada pelajar khususnya mahasiswa Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS).

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, ia membuktikan bahawa tidak sukar bagi golongan belia dan anak muda negara untuk berinteraksi dengan pimpinan tertinggi asalkan mereka menggunakan saluran yang betul.

"Kita kena faham, hierarki perjuangan. Setiap idealisme anak muda yang dibangkitkan perlu selari, beri impak kepada kesejahteraan negara.

"Sebagai contoh, idealisme Baucar Buku dibangkitkan melalui tweet seorang pelajar kepada Perdana Menteri. Itu membuktikan Perdana Menteri kita dengar luahan rakyat, tak ada masalah untuk mengadu masalah atau mewujudkan interaksi antara pemimpin, asalkan tahu adab," ujarnya.

Beliau berkata demikian menerusi forum 'Idealisme Generasi Muda Dalam Perjuangan Politik: Ilusi atau Realiti?' yang diadakan di sini, semalam.

Tambahnya lagi, negara masa kini amat memerlukan idealisme golongan generasi muda demi membangunkan negara.

"Mahasiswa perlu bersifat idealisme, tidak trikat dengan mana-mana parti.

"Mereka yang boleh berhujah dengan fakta dan apa yang dihujahkan adalah demi kebenaran," katanya lagi.

0 comments:

share2