Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, September 3, 2014

KUANTAN: GENG BALOK, GENG JAYA GADING BERJAYA DITAHAN


Kuantan - Polis berjaya menahan dua kumpulan penyamun iaitu Geng Balok dan Geng Jaya Gading yang terdiri daripada lapan lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian samun melibatkan lima buah Kedai Serbaneka 24 Jam di sini, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, tangkapan pertama dilakukan ke atas seorang lelaki, 25, di Lorong Kubang Buaya dekat sini pada jam 5.30 pagi.

"Suspek itu ditahan selepas setengah jam menyamun sebuah premis di Semambu bersama seorang rakan namun rakannya itu berjaya melarikan diri.

"Selain itu polis juga merampas pelbagai jenis rokok, penutup muka, topi keledar, sepasang gari, wang tunai RM65 serta motosikal yang digunakannya dalam jenayah tersebut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Suspek juga katanya, sebelum itu telah menyamun di Chengal Lempung, Beserah bersama rakannya yang kini dalam buruan polis.

Sementara itu pada hari yang sama kata Abdul Aziz, polis turut menahan dua lelaki berusia 20 dan 23 tahun yang mengaku ahli Geng Jaya Gading juga dipercayai terbabit dalam kes samun di tiga buah kedai serbaneka di Jalan Gambang, Batu 9 dan Indera Sempurna.

"Suspek yang menaiki sebuah kereta jenis Perodua Kancil itu berjaya ditahan sepasukan polis di Jalan Gambang kira-kira jam 6 pagi Jumaat lepas.

"Hasil pemeriksaan polis menemui sebilah pisau, parang, tiga buah telefon bimbit, beberapa kotak rokok pelbagai jenis dan wang tunai RM150 dipercayai hasil samun di tiga buah premis berkenaan," katanya.

Katanya kesemua suspek anggota Geng Jaya Gading itu yang berumur 18 hingga 22 tahun didapati positif dadah dan kini ditahan reman sehingga Sabtu ini.

0 comments:

share2