Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, September 6, 2014

KUANTAN: CIKGU SYED SUHAIMI MAUT KEMALANGAN


Kuantan - Seorang guru maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar sebuah kereta yang diletakkan di bahu jalan di Kilometer 208.5 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat Maran menghala ke Kuala Lumpur tengahari semalam.

Mangsa, Syed Suhaimi Syed Mat Zain, 36, beralamat di Taman Indera Sempurna di sini yang juga seorang guru di Sek Keb Kempadang itu mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Deputi Superintendan Mohd Noor Yusof Ali berkata, polis menerima maklumat kejadian tersebut melalui Klinik Kesihatan Maran yang memaklumkan mangsa telah meninggal dunia akibat kemalangan kira-kira pukul 3.13 petang.

"Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku pada jam 12.30 tengahari semasa mangsa dari arah Kuantan menghala ke Maran.

Sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai tidak menyedari kereta yang diletakkan di tepi bahu sebelah kiri jalan di situ dan melanggar bahagian belakang kereta tersebut ," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan mendapati kereta tersebut milik pekerja pembaikan longkang LPT di kawasan berkenaan dan polis mendapati kon keselamatan turut diletakkan di belakang kereta itu semasa kerja-kerja pembaikan longkang dijalankan.

Katanya, mangsa dihantar ke Hospital Jengka untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Al-Fatihah.

0 comments:

share2