Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, September 16, 2014

JANGAN SALAHKAN ISLAM


Askar IS melakukan pembunuhan kejam dan menyimpang daripada ajaran Islam.

London - Abang kepada tebusan Britain, David Haines yang dipenggal anggota Negara Islam (IS) kelmarin, mengingatkan semua pihak supaya tidak menyalahkan Islam terhadap kejadian itu.

Mike Haines berkata, insiden menimpa adiknya itu tiada kena mengena dengan ajaran Islam.

“Ia berkaitan dengan isu kemanusiaan dan bukan berkaitan dengan bangsa, agama atau politik. Oleh itu, tidak adil jika Islam dipersalahkan," katanya.

Menurutnya, masyarakat Islam tidak harus dipersalahkan hanya kerana kewujudan Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL).

"Semua masyarakat harus tahu bahawa Ketua ISIL bukan individu berasal dari Timur Tengah. Sehingga kini, identitinya masih kabur kerana kekejaman dilakukan melampau dan saya percaya, ia tidak diajar dalam mana-mana agama," katanya.

Sementara itu, sekumpulan tentera yang sebelum ini menggelar diri mereka sebagai Tentera Khalifah dari Algeria mengambil keputusan keluar dari pasukan itu dan bergabung dengan Al-Qaeda untuk perangi IS di Syria dan Iran.

Dikenali dengan nama baharu, Kumpulan Islam Al-Qaeda Maghribi (AQIA) mereka kini nekad menghapuskan IS kerana perjuangan kumpulan terbabit yang diketuai Abu Bakr al-Baghdadi sudah menyimpang jauh dari landasan perjuangan sebenar.

Komander AQIA, Khaled Abu Suleimane atau nama sebenarnya Gouri Abdelmalek mendakwa, kumpulan pejuang Algeria yang sebelum ini dikenali sebagai Maghreb sudah tidak relevan kerana melakukan pembunuhan beramai-ramai dan merogol wanita serta menculik kanak-kanak di Syria dan Iraq, dipetik dari laporan Agensi.

0 comments:

share2