Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, September 17, 2014

CADANGAN SABAH, SARAWAK KELUAR MALAYSIA IDEA BODOH


Adenan Satem

Miri - Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata cadangan supaya Sarawak dan Sabah keluar dari Persekutuan Malaysia adalah satu idea bodoh. 

Beliau berkata selepas 51 tahun penubuhan Malaysia, adalah malang masih ada yang cuba membawa cadangan tersebut.

"Mereka yang membawa idea tersebut adalah minoriti. Mereka bawa idea bodoh sedangkan majoriti rakyat mahu terus kekal.

"Selepas 51 tahun menyertai Malaysia sebagai rakyat merdeka, penduduk negeri ini sudah maju, percaya kepada diri sendiri, bangga dengan negerinya, kembali memperoleh maruah yang hilang (akibat kolonialisasi)," katanya semasa berucap pada Sambutan Perayaan Hari Malaysia ke-51 Peringkat Kebangsaan, di Dataran Kipas malam tadi.

Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Ragad Kurdi Taib hadir menyempurnakan majlis. 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah antara kenamaan yang menghadiri majlis berkenaan.

Adenan berkata dari segi perubahan, rakyat negeri ini juga sudah mengalami pelbagai perubahan sejak menyertai Malaysia dari segi sosial, ekonomi, politik dan kemudahan asas.

"Melihat kepada kehadiran ribuan pengunjung yang memenuhi Dataran Kipas sempena sambutan perayaan Hari Malaysia, jelas menggambarkan betapa mereka cintakan Malaysia.

"Dalam tempoh 70 tahun, saya tidak pernah melihat ramai orang berkumpul di satu tempat. Malam ini mungkin 30,000-40,000 orang hadir memeriahkan sambutan.

Katanya, kehadiran beramai-ramai ini adalah cara mereka merakamkan rasa cinta kepada negara, bangsa dan semua rakyat Malaysia.

0 comments:

share2