Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, July 5, 2014

TIADA LAGI KELIBAT NEYMAR...

PERJALANAN Neymar untuk mengiringi Brazil menjulang gelaran juara Piala Dunia musnah apabila dia mengalami kecederaan agak teruk ketika menentang pasukan Colombia.

Menurut doktor pasukan itu, Rodrigo Lasmar, Neymar mengalami keretakan pada bahagian tulang belakang setelah dikasari pemain pertahanan Colombia, Juan Zuniga, malam tadi.

"Berita ini bukanlah mudah tetapi Neymar tidak akan bermain sepanjang Piala Dunia. Sekurang-kurangnya empat hingga enam minggu diperlukan untuk dia pulih," katanya seperti yang dipetik melalui The Guardian.

Neymar da Silva Santos mengalami kecederaan serius selepas Zuniga mengasari bahagian belakang tubuh pemain tersebut dengan menggunakan lutut dalam saingan suku akhir di Fortaleza malam tadi.

Pemain berusia 22 tahun itu dilihat tidak mampu untuk bangun atau berjalan dan dia terpaksa diusung keluar dari padang oleh pasukan perubatan.

Brazil dijangka bertemu menentang Jerman pada perlawanan separuh akhir Liga Piala Dunia.

Jurulatih Skuad Brazil, Scolari kini berhadapan dengan situasi sukar bagi menggantikan bintang Brazil itu.

Sumber

0 comments:

share2