Brasillia: Perancis bangkit garang pada lewat babak permainan dengan dua gol dalam tempoh 11 minit sebelum mengesahkan tiket ke suku akhir Piala Dunia selepas menewaskan juara Afrika, Nigeria 2-0 dalam saingan pusingan kedua di Stadium Nasional Mane Garrincha, sebentar tadi.
Nigeria berjaya menyekat juara dunia 1998 itu pada babak pertama tetapi Perancis membuat satu langkah besar selepas rehat untuk memastikan tiket ke kelompok lapan terakhir menjadi milik mereka.
Gol pertama The Bleus dijaringkan Paul Pogba pada minit ke-79 hasil tandukan selepas gawang Nigeria terbuka luas selepas penjaga gol, Enyeama terdahulu menepis usaha Mathieu Valbuena hasil sepakan sudut.
Gol kedua Perancis menyusul pada minit terakhir perlawanan selepas pemain pertahanan lawan, Joseph Yobo tertampan bola yang bergolek masuk ke dalam sendiri.
Perancis akan menentang Jerman atau Algeria dalam suku akhir nanti.
0 comments:
Post a Comment