Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, June 30, 2014

FENOMENA 'ALTEL' BANGKIT KEMBALI ?



Tiba-tiba Altel meledak semula. Kita baca kisah ianya bermula;

Dalam usahanya memasuki pasaran rangkaian 4G di Malaysia, syarikat telekomunikasi baru yang bernaung di bawah Kumpulan Syarikat Al-Bukhary, Altel Communications Sdn Bhd (Altel), akan melabur sebanyak RM1 bilion bagi membangunkan prasarananya dalam tempoh lima tahun.

Ini termasuk membina menara pemancar sendiri, pemasaran dan kerjasama bersama syarikat telekomunikasi lain yang membantu mempercepatkan pembangunan prasarannya. 

Ketua Eksekutifnya, Nik Abdul Aziz Nik Yaacob berkata, syarikatnya bakal memperkenalkan pelan prabayar 4G pertama mereka pada bulan ini dengan sasaran 150,000 pengguna pada tahun pertama operasinya yang melanggan rangkaian terbabit. 

“Kami turut menyasarkan 500 stesen dasar pada tahun ini dengan 1,600 lagi dalam tempoh dua tahun.

“Pada masa ini, Altel beroperasi menggunakan rangkaian Celcom,” katanya ketika menjawab soalan IT@Metro selepas pelancaran syarikat itu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurutnya, pada penghujung 2013, Altel akan memperkenalkan pelan pascabayar LTE secara menyeluruh. 

Altel adalah syarikat milik penuh Puncak Semangat Sdn Bhd yang juga satu daripada lapan syarikat dianugerah spektrum 2600MHz Evolusi Jangka Panjang (LTE) oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk menyediakan perkhidmatan 4G. 

Tambahnya, bagi menjimatkan kos, Altel bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi dan peserta industri yang lain, selain mengambil pendekatan inovatif khususnya berkaitan penggunaan perbelanjaan modal dan operasi. 

“Kerjasama terbabit bukan saja menjimatkan kos, malah membantu mengelak pertindihan dan mempercepatkan operasi,” kata Nik lagi. 

Beliau berkata, sasaran pelanggan awal Altel adalah dalam kalangan syarikat di bawah Kumpulan Syarikat Al-Bukhary. 

Lebih 10 syarikat berada dalam kumpulan itu antaranya Pos Malaysia, DRB-Hicom, Malakoff, Bernas, Tradewinds, Edaran Otomobil Nasional Bhd (EON) dan Johor Port.


Bantulah syarikat bumiputera untuk maju....



0 comments:

share2