Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, July 2, 2014

PIALA DUNIA - 'GREEN' PERMATA HITAM AMERIKA SYARIKAT



'Amerika Syarikat tewas kepada Belgium 1-2 setelah masa tambahan. 2 gol Belgium dijaringkan dalam separuh pertama masa tambahan diikuti dengan jaringan pemain muda Amerika Syarikat dalam separuh kedua masa tambahan.'


Perlawanan diantara Amerika Syarikat dengan Belgium bermula dengan seimbang. Separuh masa pertama terasa membosankan kerana tiada serangan dan percubaan menarik walaupun keadaan banyak memihak kepada pasukan Belgium.

Dalam separuh masa kedua Belgium masih mengawal permainan serta lebih banyak membuat serangan. Ketika itu perlawanan bolehlah diibaratkan sebagai diantara pasukan Belgium dengan Tim Howard, penjaga gol yang memiliki 104 cap dan bermain untuk kelab Everton.

Bahagian pertahanan Amerika sering kucar-kacir oleh asakan lawan manakala bahagian serangannya tidak mampu membuat penyudah yang baik.

Saya berharap kemenangan akan ditentukan dengan panelti kerana itu akan memberikan kelebihan kepada Amerika  pada pendapat saya, namun 2 gol berjaya dijaringkan oleh Belgium dalam separuh pertama masa tambahan.

Kalah dengan 2-0, pasukan Amerika nmpaknya sudah putus harapan, hanya benteng terakhirnya iaitu Tim Howard yang membantu menyelamatkan keadaan dari dibolosi lebih banyak lagi.

Tindakan bijak jurulatih Jurgen Klinsmann menurunkan pemain gantian Julian Green telah memberikan semangat dan nafas baru kepada Amerika apabila menjaringkan gol yang bersejarah sebagai gol pertamanya dalam Piala Dunia dan gol jaringan pemain termuda dalam pertandingan Piala Dunia kali ini.

Julian Green pemain termuda Piala Dunia kali ini berumur 19 tahun, memiliki 3 caps bermain untuk Kelab Bayern Munich, Jerman tiba-tiba mengegarkan stadium dan menguggat pasukan lawan. Mungkin jika masa permainan lebih panjang, keadaan mungkin akan berubah dan tidak mustahil itu akan mengheret Belgium kepada sepakan panelti.

Walau apapun, Piala Dunia kali ini telah mampu melahirkan 'Permata Hitam 'Amerika Syarikat sebagaimana kelahiran legenda bolasepak 'Pele' yang pertama kali bermain dipentas dunia ketika dalam usia sama.

Kita percaya seluruh dunia bolasepak akan terus memerhatikan Julian Green 'Permata Hitam' Amerika Syarikat ini yang bermain penuh keyakinan dan menjaringkan gol walaupun diberikan beraksi hanya kira-kira 15 minit sahaja.

Editor


0 comments:

share2