Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, July 7, 2014

CARMEN SOO UCAP TAKZIAH PADA 'SHARIFAH' YANG SALAH!


Carmen Soo ucap takziah pada 'Sharifah' yang salah!

Kuala Lumpur: Pemergian penyanyi lagenda, Allahyarhamah Sharifah Aini pada Sabtu menerima banyak ucapan takziah daripada pelbagai pihak, terutama sekali di media sosial; peminat tegar, ahli politik, dan tidak kurang juga selebriti terkemuka.

Salah seorang selebriti, Carmen Soo, turut ingin meluahkan ucapan takziah beliau melalui Twitter, namun telah menujukan takziah tersebut kepada ‘Sharifah’ yang salah!

“RIP to the legend Sharifah Amani” ("Semoga bersemadi dengan tenang kepada lagenda Sharifah Amani”)


Sharifah Amani, pastinya seperti yang diketahui ramai, merupakan seorang pelakon yang paling dikenali menerusi filem yang dibintanginya,SepetdanGubra.

Tidak lama selepastweettersebut dikeluarkan, Sharifah Amani membalas dengan menyatakan kepada Carmen bahawa dia “masih hidup dan masih lagi boleh menghantartweet”.

Menyedari kesilapannya, Carmen terus sahaja memohon maaf kerana tidak memeriksatweettersebut terlebih dahulu.

Namun, Sharifah Amani kemudiannya membalastweetCarmen dengan positif dan menyatakan bahawa dia dan keluarganya menerima kesilapan tersebut sebagai satu jenaka.

“No worries lah Sayang. Family and I had agiggletadi. Thank you!”

Biduanita Sharifah Aini menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.26 pada Sabtu dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.

Beliau meninggalkan seorang anak lelaki, Aliff Omar dengan bekas suami Ali Bakar.

0 comments:

share2