Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, July 4, 2014

13 KES SELEWENG DIESEL DIPATAHKAN


Pengarah KPDNKK Negeri, Shahrudin Jali (kanan) menunjukkan kenderaan yang disyaki terlibat dalam kes ketirisan diesel di negeri ini.


KUANTAN - Kementererian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang mematahkan 13 kes penyelewengan diesel bersubsidi dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Pengarahnya Shahrudin Jali berkata semua kes berkenaan dipatahkan menerusi Ops Titik yang dijalankan sejak Januari lepas dan membabitkan rampasan mencecah RM400,000.

“Kebanyakan modus operandi dalam 13 kes itu ialah membeli minyak diesel bersubsidi dari satu stesen minyak ke satu stesen minyak yang lain.

“Mereka mengubah suai dengan menambah tangki minyak baharu pada kenderaan yang digunakan,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Sharuddin berkata mereka yang ditahan ialah pemandu kenderaan terbabit.

Dalam perkembangan lain, Sharuddin memberi jaminan bekalan keperluan asas untuk bulan Ramadan dan Aidilfitri adalah mencukupi bagi menampung permintaan di Pahang.

Dalam masa yang sama beliau mengakui terdapat kenaikan harga makanan berdasarkan pemantauan di bazar-bazar Ramadan seluruh Pahang.

Namun kenaikan itu katanya masih pada paras yang berpatutan.

Sementara itu, Jabatan Peguam Negara diminta mempercepatkan proses pendakwaan terhadap kes penyeludupan yang dikendalikan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri untuk mengatasi masalah penyimpanan barang bukti yang terlibat.

Pengerusi Jawatankuasa Koperasi Keusahawanan dan Kepenggunaan Negeri, Datuk Shaharuddin Abd Moin berkata, masalah penyimpanan itu dihadapi bukan saja di negeri itu malah di negeri-negeri lain turut menghadapi situasi sama.

“Saya akan membawa usul ini ke pihak terlibat kerana masalah penyimpanan yang dihadapi KPDNKK negeri.

“Ini untuk memastikan mereka yang terlibat dan mempunyai bukti lengkap dapat diheret ke mahkamah untuk tindakan undang-undang,” katanya.



0 comments:

share2