Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, June 24, 2014

SUSPEK PECAH KEDAI INTERNET 1MALAYSIA DICARI



ROMPIN – Seorang suspek kes pecah masuk Kedai Internet 1Malaysia di Simpang Sepayang, di sini dikehendaki polis selepas wajahnya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat dalam kedai berkenaan.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, kejadian itu disedari pengurus kedai terbabit yang mendapati keadaan kedai berselerak ketika membuka kedai pagi kelmarin.

Menurutnya, kedai berkenaan menggunakan sistem penggera pada pintu depan dan belakang yang turut dipasang besi gril tetapi suspek mengumpil dinding di bahagian belakang kedai untuk laluan keluar serta masuk.

“Hasil pemeriksaan mendapati barangan elektronik iaitu sebuah komputer riba, sebuah kamera digital dan sebuah telefon bimbit hilang berserta wang tunai berjumlah RM950 dengan anggaran kerugian berjumlah RM2,500,” katanya kepada Sinar Harian.

Johari berkata, imej yang berjaya dirakam CCTV itu menunjukkan suspek dipercayai lelaki Melayu dengan anggaran umur sekitar 30 an.

“Kepada sesiapa yang terlihat atau mengenali suspek diminta menghubungi IPD Rompin di talian 09-4145222 atau 09-4145329,” katanya.



0 comments:

share2