Bogota: Penyokong bola sepak wanita Colombia berusia 25 tahun meninggal dunia terkena peluru sesat selepas meraikan kemenangan pasukannya ke atas Uruguay, semalam.
Datuk Bandar Bogota, Ricardo Bonilla memaklumkan kejadian itu berlaku di Bosa, selatan Bogota sejurus permainan kedua-dua pasukan tamat.
“Dia (penembak itu) melepaskan tembakan ke udara dan peluru terkena wanita muda itu dan mencederakan lima yang lain,” katanya kepada pemberita dan menuntut semua pihak supaya lebih berhati-hati.
Ricardo berkata ini adalah kejadian yang pertama kali berlaku sepanjang kempen Piala Dunia Brazil.
Colombia semalam mengesahkan tiket ke peringkat suku akhir selepas menewaskan Uruguay 2-0, namun berdepan laluan berliku bertemu Brazil pada peringkat itu.
0 comments:
Post a Comment