Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, June 18, 2014

PAHANG HARAP KEAJAIBAN JUARAI LIGA SUPER



SKUAD Tok Gajah mengharapkan keajaiban akan berlaku dalam mengharungi baki dua lagi perlawanan Liga Super untuk mencipta hatrik memenangi tiga Piala Liga Malaysia untuk musim ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) Fuzzeimi Ibrahim berkata meskipun Pahang diyakini tidak menghadapi masalah untuk mengumpul enam mata penuh daripada perlawanan itu, namun ia memadai untuk pasukan itu merangkul Piala Liga Super.

Katanya berdasarkan rekod pusingan pertama Liga Super, Pahang dilihat tidak mempunyai masalah untuk mengalahkan Selangor PKNS dan Perak pada Sabtu ini dan Rabu depan.

"Ini kerana dalam perlawanan di Stadium Shah Alam 25 Mac lepas, Pahang berjaya mengalahkan Selangor PKNS 3-1 sebelum menewaskan Perak 2-0 empat hari kemudian di Stadium Darul Makmur.

"Bagaimanapun jika pendahulu Liga Johor Darul Takzim (JDT) dan Selangor juga mengutip mata penuh dalam perlawanan itu, sudah tentu harapan kita untuk memenangi piala ini musnah," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Namun, katanya keadaan itu tidak melemahkan semangat barisan pemain skuad Tok Gajah kerana dalam sukan bola sepak, segalanya mungkin berlaku walaupun berbaki dua perlawanan.

JDT kini mendahului tangga teratas Liga Super dengan mengumpul 38 mata selepas 20 perlawanan yang diikuti rapat oleh Selangor 37 serta Pahang 34 mata.

Beliau berkata, Pahang dilihat berpeluang memenangi Piala Liga Super jika sekiranya pasukan JDT dan Selangor tewas dan seri dalam baki dua perlawanan itu.

Untuk Liga Malaysia musim ini, Pahang telahpun memenangi Piala Sumbangsih dengan menewaskan Lions XII 1-0 di Stadium Darul Makmur, 17 Jan lepas semasa berada di bawah kendalian jurulatih Ronald Smith.

Skuad Tok Gajah yang kemudian dipimpin oleh jurulatih Dollah Salleh sekali lagi berjaya melakar kejayaan apabila merangkul Piala FA selepas menewaskan Felda United 2-1 di Stadium Shah Alam, pada 7 Jun lepas.

Pasukan itu kini dalam misi memburu gelaran Liga Super yang sebelum dimenangi pada 2004 sewaktu kali pertama ia diperkenalkan, sekali gus mencipta hatrik dalam musim ini.
 
 
 

1 comments:

  • FIRDAUZ says:
    June 19, 2014 at 6:28 AM

    Zainal abidin bkn dollah dslleh

share2