Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, June 4, 2014

NASIHAT JAIS - TUKAR STATUS



Shah Alam: Pengantin wanita yang ditahan pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kelmarin selepas didakwa melangsungkan perkahwinan tidak sah dengan pasangan berlainan agama, sekali lagi hadir di Pejabat JAIS semalam untuk membantu siasatan.

Wanita berkenaan, Zarena Abdul Majid, 32, ketika ditemui berkata, dia dan tiga lagi adiknya dipanggil pihak JAIS bagi menjalani sesi soal siasat berhubung dakwaan mereka dibesarkan ibu kandung dengan ajaran Hindu. 

“Selepas mengadakan perbincangan dengan pihak JAIS, mereka menasihatkan kami supaya membuat rayuan untuk menukar nama dan status agama seperti tertera pada MyKad kini. 

“Namun keputusan rayuan berkenaan bergantung kepada hasil siasatan dijalankan JAIS. Jika masalah ini tidak dapat diselesaikan, kemungkinan JAIS akan membawa kes ini ke mahkamah dan saya akan didakwa atas kesalahan menghina agama Islam,” katanya, semalam.

Menurut beliau, dia memang secara rela mahu berkahwin dengan pasangannya beragama Hindu memandangkan dia dibesarkan ibunya yang menganuti ajaran itu.

“Malah, bapa saya yang juga seorang mualaf tidak mengambil tahu hal kami adik-beradik selepas bercerai dengan ibu lebih 20 tahun lalu. 

“Saya akan membuat surat rayuan dalam masa terdekat supaya kes ini tidak berlarutan. Saya berharap pihak JAIS dapat membantu,” katanya. 

Menurutnya, dia akan terus kekal mengamalkan ajaran Hindu walaupun namanya dan tiga adik-beradik lain menggunakan nama Islam.



0 comments:

share2