Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, June 24, 2014

MB RASMI KHIDMAT BAS HENTI-HENTI DI RAUB






Kuantan, 24hb Jun - YAB Menteri Besar Pahang merasmikan operasi bas henti-henti Syarikat Bas Sri Jengka Sdn Bhd bagi laluan sekitar daerah Raub di Terminal Bas Baru Raub petang semalam (23.6.2014).

Ini adalah operasi bas henti-henti ke-6 yang dirasmikan selepas Pelangai, Bera, Lipis, Jengka dan Benta. Syarikat bas sebagaimana kebanyakan operasi pengangkutan awam lainnya mungkin tidak mendapat keuntungan besar atau tidak untung sama sekali, namun kerajaan menganggap ini sebagai tanggungjawab sosial.

Kerana itu kerajaan mengadakan perjanjian dan memberikan 'cross subsidi' kepada syariikat terbabit bagi menjamin operasi berkenaan akan tetap diteruskan sebagai tanggungjawab kerajaan kepada rakyat dalam memberi perkhidmatan pengangkutan awam.

YAB Menteri Besar kemudiannya memandu uji bas berkenaan yang disertai beberapa exco kerajaan negeri dan pegawai-pegawai kerajaan mengelilingi bandar Raub.

0 comments:

share2