Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, June 24, 2014

DITAHAN BAWA SENAPANG BUATAN SENDIRI



Bestari Jaya: Dua lelaki, termasuk seorang remaja ditahan selepas didapati membawa senapang patah buatan sendiri bersama 28 butir peluru penabur dalam sekatan jalan raya di Jalan Tennamaram, di sini, jam 1.30 pagi semalam.

Kedua-duanya menaiki sebuah kereta sebelum ditahan untuk pemeriksaan selepas didapati berada dalam keadaan mencurigakan. 

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Mohd Taib Ahmad berkata, pemeriksaan menemui senapang patah bersama peluru penabur yang diletak di dalam bonet kereta. 

“Kedua-duanya yang berusia 43 dan 19 tahun kemudian dibawa ke Balai Polis Bestari Jaya untuk membantu siasatan.

“Dua jam kemudian, seorang lelaki berusia 41 tahun datang ke Balai Polis Bestari Jaya dan mengaku senapang terbabit adalah miliknya,” katanya, di sini, semalam.



0 comments:

share2