Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, June 23, 2014

MB PAHANG RASMI PR1MA PAHANG KG LECAR, DONG



Kg. Lecar (Dong, Raub) - YAB Menteri Besar Pahang hadir merasmikan pecah tanah projek PR1MA Pahang (Perumahan Awam 1 Malaysia Pahang) yang akan dibangunkan oleh Syarikat Tunjang Mewah Development Sdn Bhd.

Ini adalah PR1MA Pahang ke-2 yang diresmikan oleh Menteri Besar Pahang dimana sebelum ini beliau telah merasmikan perumahan di Gambang yang sudah 40% siap.

Menteri Besar juga memaklumkan setakat ini 29 tapak sudah majukan dengan sasaran 13, 275 unit rumah yang akan dan sedang dibina sebagaiman janjinkerajaan dalam manifesto PRU lalu iaitu mensasarkan sebanyak 15 ribu unit rumah menjelang 2018 nanti.

PR1MA Pahang di Kg. Lechar, Dong ini dijanglan dapat disiapkan dalam masa 18 bulan dengan menggunakan teknologi pasang siap.

Turut hadir dalam majlis berkenaan YB. Dato' Wan Roshdi, Exco Perumahan, YB Dato' Sahairuddin Abd Moin, Adun Dong, YB Dato' Aziz Kiram, Adun Batu Talam, YB Dato' Sofi serta tetamu-tetamu jemputan.


0 comments:

share2