Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, June 4, 2014

KERANA BIAWAK

Foto


Parit Buntar: Akibat mengelak seekor biawak yang melintas, seorang lelaki bersama anak saudaranya berusia lima tahun nyaris maut apabila kereta dipandunya hampir menjunam ke dalam parit besar sedalam lebih tiga meter dalam kejadian di Kampung Parit Mat Ali, Kuala Kurau, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi, mangsa, Mohd Ikhmal Ibrahim, 25, berkata, ketika dia memandu kereta Proton Saga milik abang iparnya bersama seorang anak saudara, secara tiba-tiba seekor biawak besar melintas di hadapannya menyebabkannya cuba mengelak daripada melanggar haiwan itu. 

Menurutnya, akibat terkejut melihat kelibat haiwan itu, dia cuba menekan brek kenderaan sekuat hati, namun faktor jalan yang licin dan berlopak menyebabkan kereta dipandunya terus terbabas ke arah kiri jalan dan menjunam ke arah parit besar. 

“Anak saudara yang berada di tempat duduk belakang menjerit ketakutan sewaktu kenderaan kami meluncur ke arah parit.

“Mujur ketika itu saya memandu agak perlahan kerana keadaan jalan yang becak selepas hujan. Jika tidak, sudah tentu kami berdua akan lemas di dalam kereta,” katanya.

Mohd Ikhmal dan anak saudaranya mengalami kecederaan ringan akibat terhantuk pada stereng serta cermin kereta.



0 comments:

share2