Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, June 2, 2014

KARNIVAL PUSINGAN KEEMPAT GP JORAN 2014



Pekan - Karnival Pusingan Ke-4 GP Joram 2014 berlansung di Kuala Pahang petang semalam. Majlis penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Adun Peramu Jaya, YB Dato' Sh. Mohamed Puzi Sh. Ali di perkarangan Pusat Transformasi Luar Bandar.

Selain dari pameran jualan, beberapa acara menarik lainnya yang menawarkan hadiah-hadiah turut diadakan bagi menarik minat penduduk setempat.

Pantai dan laut sekitar Kuala Pahang sudah sejak dulu menjadi destinasi para pemancing seluruh negara. Banyak pihak berpendapat acara sedemikian patut diadakan sekerap mungkin bagi membantu mempromosikan Kuala Pahang sebagai destinasi memancing yang juga turut mampu menjana pendapatan penduduk setempat.

Dalam pertandingan berkenaan, Mohd Amin Azhari Sanip dinobatkan sebagai juara kategori laut pada Karnival GP Joran BH sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 di Kuala Pahang, hari ini apabila berjaya menangkap ikan kerapu seberat 17.8 kilogram.


a





0 comments:

share2