Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, June 4, 2014

GENERASI MUDA MASIH SOKONG BN



Putrajaya: Kejayaan merampas kerusi Parlimen Teluk Intan, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sabtu lalu, membuktikan Barisan Nasional (BN) masih gagah walaupun menerima saingan hebat daripada calon generasi muda. 

Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin, berkata pengendalian dan penyelarasan jentera yang begitu baik juga menyumbang kepada kejayaan itu. 

“Walaupun berdepan dengan calon generasi muda, kita tetap mampu memberi saingan hebat dan mendapat kepercayaan pengundi di Teluk Intan.

BN kekal relevan 

“Saya lihat, ini adalah peluang terbaik untuk buktikan kepada pengundi bahawa BN kekal relevan untuk membantu rakyat khususnya dalam meneruskan agenda pembangunan yang membawa pulangan berganda dalam hidup mereka,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Konvokesyen Institut Kemahiran Belia Negara ke-10 yang menyaksikan seramai 4,678 graduan IKBN dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara menerima sijil dan diploma mereka di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam. 
Selain itu, katanya ini adalah peluang terbaik BN terutamanya GERAKAN untuk membuktikan kepada pengundi dan masyarakat Teluk Intan bahawa pilihan mereka tidak salah.



0 comments:

share2