Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, June 24, 2014

DITUDUH CURI KABEL TELEKOM



KUANTAN – Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, dekat sini, dan dikenakan ikat jamin RM2,000 atas tuduhan mencuri kabel Telekon bernilai kira-kira RM500, semalam.

Tertuduh, Zainuddin Ali, 32, didapati mencuri kabel Telekom sepanjang 250 meter, kepunyaan Syarikat Telekom di bawah penjagaan pembantu penyelia keselamatan, Adnan Din, 40.

Dalam kertas pertuduhan, tertuduh melakukan kesalahan tersebut di Telekom IBS Indera Mahkota, lebih kurang jam 4.15 pagi pada 28 Februari lepas.

Tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan, yang boleh dikenakan penjara selama tempoh sehingga tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali dan bagi kesalahan kedua atau kemudiannya boleh dikenakan penjara dan juga denda atau sebat.

Majistret Noor Zaihan Mohamed Ali, menangguhkan prosiding sehingga 7 Julai, depan untuk membicarakan kes tersebut.

Pendakwaan kes tersebut dilakukan Inspektor Mohd Razif Md Wahi.



0 comments:

share2