Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, June 2, 2014

ADUN INDERAPURA SAMPAIKAN SUMBANGAN KERAJAAN NEGERI




Kuantan, 2hb June - YB Dato' Hj Shafik Fauzan Bin Hj Sharif, Exco Kerajaan Negeri Pahang merangkap Adun Inderapura dan Penyelaras Dun Tanjung Lumpur dan Dun Teruntum berkenan menyerahkan sumbanga cek bernilai RM5 ribu setiap orang kepada 6 penerima yang mengalami kesusahan.

Cek-cek adalah sumbangan Kerajaan Negeri Pahang. 

3 dari 4 mangsa yang berkenaan adalah mereka yang terlibat dengan kebakaran di Kampong Teluk ang Baru, Tanjung Lumpur pada 8hb Mac lalu. Seorang lagi mangsa masih belum menerima sumbangan berkenaan kerana dokumen tidak lengkap.

3 penerima lagi juga turut menerima sumbang yang sama adalah; Mohd Fahmi Mukmin Abd Malek seorang yang mahasiswa yang menghidapi Leukimia dan kini sedang menjalani rawatan lanjut di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Penuntut pengajian Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat di UiTM Jengka itu dalam peringkat diploma terpaksa bercuti khas untuk menjalani rawatan.

Seorang lagi ada remaja yang akan menjalani pembedahan akibat kelonggaran tulang di bahagian bahu sejak 2006. Pekerja swasta itu akan terpaksa bercuti selama 6 minggu selepas menjalani pembedahan kelak.

Adik Mohamad Amirul Rayyan Mohd Alias yang berusia 1 tahun, adalah anak istimewa down sindrom yang juga mengalami sumbing di bahagian bibir dan lelangit dan menjalani pembedahan di Hospital Besar Kuala Terengganu pada bulan April lalu.

Beliau kini menggunakan tiub untuk menyusu dan memerlukan perbelanjaan kewangan untuk membeli susu khas yang diperlukan dan memerlukan 5 tin bagi setiap bulan.

Kesemua mereka adalah dari Dun Tanjung Lumpur dan Dun Inderapura.

YB Dato' Shafik dalam kenyatan ringkasnya menyatakan bahawa Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk membantu rakyatnya dalam apa juga kesusahan dan musibah yang dihadapi. Walaupun Dun Tanjung Lumpur di waklili oleh Pembangkang, namun Kerajaan tetap juga menjalankan tanggung jawab meringankan bebanan yang rakyat tanggung.

YB Dato' Shafik juga mengucapkan terima kasih kepada En. Baharuddin, Tok Empat Kampong Peramu yang juga merangkap Tok Empat Tanjung Lumpur atas usaha beliau dalam menemukan mangsa kepada pihak kerajaan untuk diberikan perhatian bagi menerima bantuan dan sumbangan kerajaan.


0 comments:

share2