Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, May 31, 2014

TOK GAJAH KE FINAL PIALA FA


Kuantan: Pahang berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala FA dengan agregat 2-1 apabila berjaya mengalahkan Johor Darul Takzim (JDT) 1-0 pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Darul Makmur malam tadi.

Beraksi di hadapan penyongkong sendiri, skuad Tok Gajah melakukan serangan bertali arus namun gagal menghasilkan gol pada babak separuh masa pertama. 

Pemain tengah Tok Gajah, Mohd Faizol Hussain muncul wira Pahang apabila sepakannya dari luar kotak penalti pada minit ke-80 menerjah gawang lawan dan menewaskan penjaga golnya, Izham Tarmizi Roslan sekaligus membuatkan stadium bergegar dengan sorakan kira-kira 30,000 penonton. 

Pahang yang berkelebihan gol di tempat lawan selepas mengikat JDT 1-1 dalam perlawanan separuh akhir pertama pada 5 Mei lalu di Larkin cuba menambah jaringan namun cubaan pemain gantian Dickson Nwaekame pada minit ke-91 terkena Izham dan kedudukan kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.


Pahang bakal menentang pemenang antara Felda United dan Kelantan yang bakal beraksi malam ini dan perlawanan final dijadualkan berlangsung pada 7 Jun depan.

1 comments:

  • Anonymous says:
    May 31, 2014 at 10:25 AM

    johor hanya ada nama yang glamor aja rasanya lawan budak sekolah pun kalah.

share2