Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, May 23, 2014

TEGAR DITIPU PENGURUS




“BUKAN sahaja perbelanjaan dan sumber kewangan saya disekat, malah saya hanya diberi makan tauhu dan tempe,” ujar penyanyi cilik, Tegar mengenai penipuan oleh pengurus peribadinya sebelum ini.

Tegar akui, perjalanannya menjadi seorang penyanyi tidak semudah yang dibayangkan apabila perkara seperti itu berlaku kepadanya.

“Walaupun saya bekerja keras mendapatkan kewangan, tapi saya tidak mampu untuk membeli apa-apa kerana bekas pengurus saya tidak berikan wang kepada saya.

“Nasib saya baik kerana ditemukan dengan seseorang yang boleh dipercayai dan sanggup membantu saya untuk selesaikan masalah ini,” jelasnya ketika ditemui pada majlis pelancaran album terbaharunya, di Seri Pasific, kelmarin.

Pada masa yang sama, pengurus peribadi barunya, Arif Dollah berkata buat masa ini, pihak Tegar tidak akan mengenakan sebarang tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab.

“Setakat ini, kami bersetuju untuk menyelesaikan masalah ini dengan cara baik dan bekas pembantu peribadinya itu juga beri kerjasama.

“Sekarang Tegar gembira kerana dapat merasai wang hasil titik peluhnya sendiri.

“Memandangkan Tegar masih muda, atas persetujuan ibu bapanya dan juga Tegar sendiri, beberapa perancangan telah disusun rapi supaya dapat menjamin masa depan dan juga keluarganya,” katanya.


Bertemu peminat Malaysia

Mengulas lanjut mengenai album terbarunya yang mengandungi tujuh buah lagu, Tegar memberitahu dia masih selesa membawa konsep yang sama seperti album pertamanya.

“Menerusi album ini, saya masih membawakan lagu yang menceritakan mengenai diri saya yang masih sama seperti sebelum ini.

“Untuk muzik video pula, walaupun konsep anak jalanan masih dikekalkan, namun ia memiliki jalan cerita yang tersendiri,” katanya.

Antara tujuh buah lagu yang diselitkan dalam album terbarunya adalah Indah Pada Waktunya, Gitar Kecil, Sekeping Recehan, Aku Masih Tegar, Tak Boleh Sombong, Lihat,

Dengar Dan Rasa serta Ke Mana Kasih Sayang.

Bagi aktiviti mempromosikan album terbaru itu, Tegar akan berada di empat lokasi terpilih iaitu Johor Baru, Kuala Lipis, Alor Setar dan Pulau Pinang untuk bertemu dengan peminat-peminatnya di sini.

Dalam perkembangan lain, Tegar bakal membuat persembahan di Taiwan dan Hong Kong.

0 comments:

share2