KEBERGANTUNGAN Portugal terhadap pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo dianggap bukan situasi yang baik buat skuad bimbingan, Paulo Bento.
Ronaldo dilihat antara watak penting membawa Portugal ke Piala Dunia di Brazil selepas empat gol jaringannya menafikan impian Sweden di pusingan playoff.
Malah penyerang Real Madrid itu berkemungkinan sekali lagi menjadi tulang belakang Portugal berdepan saingan yang lebih besar, pertengahan Jun nanti.
Situasi itu sedikit sebanyak membimbangkan bekas bintang Portugal, Luis Figo yang berpendapat, ia akan menyulitkan laluan Portugal untuk mara ke peringkat yang lebih tinggi.
“Sulit untuk melangkah lebih jauh andai mereka hanya bergantung pada Ronaldo. Laluan di Piala Dunia bukan mudah.
“Mereka perlu ambil kira di mana mereka bermain untuk 11 juta rakyat Portugal, bukan sekadar hanya menempatkan diri di kalangan 32 pasukan terbaik,” katanya.
Portugal diundi dalam Kumpulan G bersama Jerman, Ghana dan Amerika Syarikat.
0 comments:
Post a Comment