Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, May 29, 2014

'PR1MA PAHANG' - JANJI KERAJAAN NEGERI DITEPATI




YAB Menteri Besar Pahang sebelum ini memaklumkan pencapaian kerajaan negeri membina perumahan rakyat 'PR1MA Pahang' yang sudah hampir mencapai sasaran iaitu membina sebanyak 15,000 unit dalam masa 5 tahun menjelang PRU akan datang.

Itu adalah janji kerajaan negeri dalam manifesto pilihanraya umum yang lalu, dan kerajaan negeri melaksanakannya sebagai menepati janji kepada rakyat apabila diberikan mandat sekali lagi memerintah negeri Pahang.

Hanya dalam tempoh selama 11 bulan sahaja kerajaan negeri sudah membina sehingga capai angka 13,257 unit rumah mampu milik untuk rakyat yang berpendapatan RM5 ribu dan kebawah.

Menurut statistik yang kami perolehi, pembinaan PR1MA di Bera babitkan 542 unit rumah dengan keluasan 79.5 ekar, Cameron Highland - 1842 unit dengan keluasan 25.293 ekar, Lipis - 542 unit keluasan 76.62 ekar, Bentong - 280 unit dan keluasan 40 ekar, manakala Pekan - 252 unit dengan keluasan 36,456 ekar.

Temerloh - 678 unit dengan keluasan tanah 90 ekar, Maran - 700 unit keluasan 90 ekar, Jerantut - 100 unit keluasan 18.60 ekar, Raub - 232 unit keluasan 30 ekar dan Kuantan antara yang terbanyak adalah sebanyak 8089 unit rumah dengan melibatkan keluasan tanah sebanyak 1137.85 ekar.

Secara keseluruhannya sebanyak 13,257 unit rumah disiapkan dengan membabitkan keluasan tanah sebanyak 1,651.318 ekar.

Dato' Seri Diraja Adnan Yaakob juga memaklumkan pembinaan perumahan disekitar Cameron Highland dia bina berbeza dengan daerah-daerah lain kerana keadaan muka buminya. PR1MA Pahang di Cameron Highland berkonsepkan perumahan kondominium yang serba lengkap tanpa perlu diubahsuai lagi oleh pemilik.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, syarat permohonan serta borang PR1MA Pahang, sila layari laman sesawang Portal Rasmi Kerajaan Negeri Pahang (Klik Sini).








0 comments:

share2