Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, May 24, 2014

PIALA THOMAS: JEPUN CIPTA SEJARAH SINGKIR CHINA




JEPUN melakarkan sejarah dalam siri Piala Thomas apabila julung kali melangkah ke final selepas mengejutkan juara bertahan China 3-0 pada perlawanan separuh akhir di Stadium Tertutup Siri Fort di New Dehli, India, semalam.

Keputusan tanpa diduga itu mengakhiri dominasi China yang menyandang gelaran piala berprestij itu selama lima kali berturut-turut sejak 2004.

Pencapaian terbaik Jepun pada kejohanan itu ialah layak ke separuh akhir pada edisi 2010 di Kuala Lumpur dan 2012 di Wuhan, China.

Pemain nombor empat dunia, Kenichi Tago menyumbang mata pertama apabila menyingkirkan pemain nombor dua dunia Chen Long 21-13, 21-11 dalam pertarungan selama 43 minit.

Mata pembukaan itu menyuntik semangat pasukan Jepun apabila beregu utama Kenichi Hayakama dan Hiroyuki Endo, beregu nombor tiga dunia, mengukuhkan kedudukan dengan mengalahkan Chai Biao/Hong Wei 22-20, 21-19 dalam masa 50 minit.

Mata penentuan Jepun diperoleh oleh pemain perseorangan nombor 14 dunia, Kento Momota yang menewaskan Du Pengyu 23-25, 21-18, 21-14, pemain nombor enam dunia, dalam saingan selama 85 minit.

Bagaimanapun, pasukan wanita menyelamatkan maruah negara China apabila skuad Piala Ubernya mara ke final selepas mengalahkan Korea Selatan 3-0 pada saingan separuh akhir.

0 comments:

share2