Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, May 19, 2014

PERASMIAN BIRO PENERANGAN, MEDIA BARU DAN IT UMNO BAHAGIAN JERANTUT


Dato' Ahmad Maslan dengan gimik perasmian diiringi oleh Ketua Biro Penerangan, Media Baru & IT UMNO Bahagian Jerantut, YB Dato' Dr. Ahmad Shukri Ismail serta AJK Biro


Jerantut, 19hb Mei - YB Dato' Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO merangkap Timbalan Menteri Kewangan telah hadir merasmikan Biro Penerangan, Media Baru dan IT UMNO Bahagian Jerantut pagi semalam.

Biro Penerangan, Media Baru & IT UMNO Bahagian Jerantut dapat bergerak dengan cergas dibawah pimpinan Dato' Dr. Ahmad Shukri, Adun Pulau Tawar yang diamanahkan menjalankan tanggungjawab berkenaan.

Beliau tiba ke Dewan Majlis Bandaran Jerantut dengan menunggang motorsikal dengan diiringi oleh seramai 165 yang turut menunggang motorsikal bermula dari simpang Jerantut - Temerloh dihadapan masjid baru Jerantut dengan melawat bandar lama Jerantut sejauh hampir 5 KM sebelum tiba di dewan MDJ kira-kira pukul 10.30 pagi.

Sebelum melancarkan gimik perasmian Biro Penerangan, Media Baru dan IT UMNO Bahagian Jerantut, beliau sempat memberikan ceramah mengenai GST yang akan kerajaan laksanakan bermula awal tahun hadapan. Dalam ucapannya, beliau turut menyatakan bahawa ini adalah bahagian UMNO yang pertama beliau lawati dan merasmikan biro penerangan dan media baru.


Penerangan mengenai GST

Tiba di dewan menaiki motorsikal


0 comments:

share2