Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, May 8, 2014

PEMANDU KERETA NYARIS RENTUNG



KUANTAN - Seorang pemandu sebuah kereta nyaris rentung apabila kereta yang dipandunya terbakar di Kilometer 211 Lebuh Raya Pantai Timur menghala ke Kuantan dekat sini, pagi semalam.

Dalam kemalangan kira-kira jam 8 pagi itu, pemandu kereta hanya mengalami kecederaan ringan, bagaimana pun kereta jenis Proton perdana yang dipandunya hangus terbakar.

Pegawai perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, pihaknya menerima laporan kejadian kira-kira jam 8 pagi.

Menurutnya, berdasarkan laporan diterima, sebuah jentera bersama seorang pegawai dan lapan anggota dari Balai Bomba Taman Tas ke lokasi bagi membantu memadam kebakaran dan menyelamat mangsa.

“Jentera dan anggota tiba kira-kira setengah jam kemudian sebelum api berjaya dipadamkan sepenuhnya setengah jam kemudian,” katanya ketika dihubungi, petang semalam.

Anuar berkata, berdasarkan maklumat awal, kenderaan yang datang dari arah Kuala Lumpur itu dipercayai terbabit kemalangan sebelum terbakar.

0 comments:

share2