Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, May 1, 2014

NAJIB: TAHNIAH MUHYIDDIN!





Kuala Lumpur - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepda timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dianugerahkan pangkat Timbalan Pesuruhjaya Bomba Kehormat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

"Tahniah (Tan Sri) Muhyiddin Yassin dianugerahkan pangkat Timbalan Pesuruhjaya Bomba Kehormat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia," katanya menerusi tweet di laman akaun Twitternya, di sini semalam. 

Muhyiddin menerima anugerah itu yang disampaikan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim, pada satu majlis di Pejabat Timbalan Perdana Menteri, di Putrajaya dekat sini, semalam. 

Penganugerahan pangkat itu bagi menghargai sumbangan dan inisiatif Muhyiddin dalam membangunkan Jabatan Bomba dan Penyelamat sebagai sebuah organisasi berprestasi tinggi.

0 comments:

share2