Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, May 1, 2014

JANGAN PILIH BULU, BOLEH IKUT RANKING




Kekalahan Ramdan Misbun bukanlah pengukur sebenar siapa lagi layak untuk mengisi kekosongan perseorangan keempat untuk pasukan Malaysia bagi menghadapi Piala Thomas di New Delhi, kata bekas Ketua Jurulatih Kebangsaan, Razif Sidek.

Beliau berkata, Persatuan Badminton (BAM) perlu mengikut kedudukan dunia di antara dua pemain itu kerana ia menunjukkan siapa yang lebih layak dan berpengalaman.

“Guna akal fikiran kenapa Persatuan Badminton Dunia (IBF) adakan kedudukan pemain dalam dunia? Sudah semestinya yang paling hebat dan berpengalaman berada di atas.

“Saya sangat bersetuju dengan Datuk Lee Chong Wei yang mahukan Ramdan sebagai pemain perseorangan nombor empat negara,” katanya.

Tambah Razif, BAM perlu profesional ketika membuat pilihan jangan hanya memilih pemain di bawah kendaliannya sahaja.

Menurutnya, pemain kelab juga perlu diberikan peluang sama rata supaya nampak persaingan sihat.

Katanya lagi, beliau hanya menyuarakan pandangan dan bercakap perkara yang benar berdasarkan ranking dunia, bukan hendak berpihak kepada Ramdan mahupun Soon Huat semata-mata.

“Pemain seperti Ramdan perlu di dedahkan dengan pertandingan sebegini kerana dia adalah seorang pemain yang berbakat dan punyai banyak pengalaman.

“Jika dia tidak dipilih kerana kalah kelmarin, kenapa kita tidak ingat yang Ramdan pernah kalahkan Soon Huat di dalam Super Series awal tahun ini,” katanya dengan tegas kerana mahukan keadilan kepada semua pemain badminton di Malaysia.

Berdasarkan ranking terkini IBF, Ramdan berada di tangga ke-48 dunia manakala Soon Huat ke-152.

0 comments:

share2