Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, May 6, 2014

LRT JAJARAN AMPANG PERLAHAN AKIBAT PETIR

Kuala Lumpur - Perkhidmatan tren Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Jajaran Ampang dari Sentul Timur ke Sri Petaling/Ampang bergerak perlahan apabila empat sistem semboyannya dipanah petir.

Pengurus Hal Ehwal Media Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) Azhar Ghazali berkata insiden itu berlaku di Stesen LRT Chan Sow Lin pada kira-kira 6 petang dan menyebabkan gangguan teknikal.

"Ia menyebabkan tren berjalan perlahan dan mengambil sedikit masa untuk bergerak semula selepas berhenti di stesen untuk menurun atau mengambil penumpang.

"Tiada kejadian penumpang tersangkut dalam tren diterima, dan maklumat mengenai kelewatan tren juga diberitahu kepada pengguna menerusi Twitter," katanya kepada Bernama malam ini.

Beliau berkata, kerja membaiki dan menukar komponen rosak dilakukan secara berperingkat dan selesai pukul 8 malam.

Prasarana juga memohon maaf atas kelewatan dan kesulitan yang dialami pengguna akibat kejadian itu.

0 comments:

share2