Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, May 6, 2014

GEMPA KUAT GEGAR TOKYO




Tokyo - Sekurang-kurangnya 17 orang cedera selepas gempa kuat 6.0 magnitud melanda Tokyo, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Gegaran berkenaan dirasai penduduk menyebabkan mereka lari menyelamatkan diri.

Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS) melaporkan, gempa berlaku pada 5.18 pagi waktu tempatan di 98 kilometer di selatan Tokyo.

Agensi berita Kyodo News melaporkan, operasi kereta api bawah tanah di ibu negara Jepun itu terjejas sepenuhnya.

“Gegaran paling kuat dapat dirasai di tengah bandar raya Tokyo menyebabkan sistem lalu lintas terhenti. Penghuni flat juga bertindak meninggalkan rumah mereka selepas merasai gegaran itu,” menurut laporan itu.

Jabatan Meteorologi Jepun menganggarkan gegaran berukuran 6.2 magnitud berlaku di 160 kilometer di dasar laut berdekatan Pulau Izu Oshima di selatan Tokyo.

“Gegaran ini adalah kedua terbesar selepas kejadian sama berlaku pada Mac 2011,” menurut satu kenyataannya.

0 comments:

share2