Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, May 6, 2014

PENGURUS SYARIKAT DIPERCAYAI DICULIK DI SABAH




Lahad Datu – Seorang lelaki yang juga pengurus sebuah syarikat dipercayai diculik di kawasan Perusahaan Sangkar Ikan, Perairan Silam, Batu 7, Payang, dekat sini, awal pagi tadi.

Memetik laporan media tempatan, kejadian dilaporkan berlaku antara 2.45 hingga 2.55 pagi.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, dijangka mengadakan sidang media tengah hari ini untuk menjelaskan kes ini.

Kes penculikan ini merupakan kejadian kedua tahun ini selepas kejadian Mac lalu yang melibatkan warganegara China dan Filipina.

Dalam kejadian pada Mac lalu, Gao Hua Yun, 29, dari Shanghai dan Marcy Dayawan @ Mimi, 40, diculik dari Singgahmata Reef Resort dekat Semporna.

0 comments:

share2