Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, May 6, 2014

PIALA FA: PEMINAT JDT CETUS PROVOKASI



Johor Bahru - Suasana di Stadium Tan Sri Hassan Yunus di sini tegang apabila penyokong Johor Darul Takzim (JDT) mencetuskan provokasi terhadap penyokong Pahang sejurus tamat perlawanan separuh akhir Piala FA.

Kira-kira 1,000 penyokong tuan rumah berkumpul di pekarangan stadium sejak pukul 11 malam dan enggan bersurai lebih sejam kemudian walaupun diarah pihak polis.

Mereka menghamburkan kata-kata kesat sambil memaksa penyokong Pahang segera keluar meninggalkan stadium. Perkara itu menyebabkan pemain dan penyokong pasukan pelawat tidak dibenar keluar dari stadium oleh pihak berkuasa bagi mengelak kejadian buruk berlaku.

Kira-Kira 500 anggota polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dilihat cuba menenangkan keadaan meskipun tidak diendah penyokong terbabit.

Pada perlawanan itu, JDT1 seri 1-1 dengan Pahang.

Difahamkan, tindakan segelintir penyokong JDT itu berpunca daripada rasa tidak puas hati ekoran insiden selepas perlawanan Liga Super membabitkan kedua-dua pasukan di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 7 Februari lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintenden Abdul Samad Salleh berkata, pihaknya berjaya menyuraikan penyokong JDT hampir dua jam selepas tamat perlawanan.

1 comments:

  • Anonymous says:
    May 6, 2014 at 2:53 PM

    Penyokong tuan rumoh ter nok nengok orang maing bolo ke ata deme sediri nok maing sepok terajang? Asyik buat samseng je dengan pasukan laing. Kala samseng gitu, tok soh beri maing bola lagi la laing kali.

share2