Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, May 31, 2014

KUANTAN: DUA DITAHAN BALING MOLOTOV KOKTEL


Kuantan: Dua penyokong Pahang ditahan akibat melempar molokov cocktail ke arah bas yang membawa penyokong pasukan Johor Darul Takzim (JDT) di perkarangan Stadium Darul Makmur malam tadi.

Perbuatan berkenaan dilakukan sejurus tamat perlawanan separuh masa kedua Piala FA dipercayai disebabkan perasaan tidak puas hati suspek terhadap segelintir penyokong JDT. 

Suspek bertindak melemparkan bom petrol berkenaan ketika bas yang membawa penyokong JDT bergerak pulang. 

Perbuatan tidak bertanggungjawab itu mencetuskan kekecohan namun polis bertindak pantas mengawal keadaan.



Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk tindakan lanjut.


Sementara itu Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh ketika ditemui mengesahkan kejadian berkenaan namun enggan mengulas lanjut.

0 comments:

share2