Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, May 25, 2014

BALASAN PANDA CHINA, MALAYSIA CADANG PINJAMKAN TENUK




KUALA LUMPUR: Selepas ketibaan pasangan panda gergasi dari Chegdu, China, Fu Wa dan Feng Yi kelmarin, Malaysia dijangka akan meminjamkan haiwan tapir atau nama saintifiknya tapirus indicus kepada negara China.

Di negara ini tapir turut dikenali sebagai tenuk.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G.Palanivel berkata langkah itu dilakukan sebagai balasan dan juga penghargaan kepada negara tersebut yang telah sudi meminjamkan haiwan ikonik negara China itu kepada negara Malaysia.

"Perkara ini telah disampaikan kepada Duta Besar China ke Malaysia, Dr Huang Huikang dalam perbincangan bersama kami baru-baru ini dan selain tapir, ada beberapa haiwan lain yang mungkin akan dipinjamkan ke China,"

Namun masih belum ada sebarang perbincangan konkrit yang dijalankan termasuk tarikh penghantarannya.

"China ada sampaikan kepada saya mengenai perkara ini dan kita memang sudah melakukan perbincangan persahabatan untuk menghantar tapir ke China dan ianya akan diputuskan nanti," katanya.

Palanivel ditemui selepas merasmikan Pameran Herba Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) disini pagi tadi.

Sumber

0 comments:

share2