Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, May 1, 2014

AHLI PARLIMEN TELUK INTAN MENINGGAL DUNIA




Ipoh - [Dikemaskini] Ahli Parlimen Teluk Intan, Seah Leong Peng, 48, disahkan meninggal dunia kerana penyakit kanser yang dihidapinya.

Mendiang dilaporkan meninggal dunia jam 7.45 pagi tadi di Pusat PerubatanUniversiti Malaya (PPUM).

Berita kematian Leong Peng disahkan sendiri oleh Setiausaha DAP Negeri Perak, Wong Kah Woh ketika dihubungi Sinar Harian sebentar tadi.​

"Ya, memang kita ada terima berita kematian itu. Maklumat yang kita terima dia meninggal kira-kira jam 7 pagi," katanya.

Leong Peng menang di kerusi Parlimen Teluk Intan pada PRU13 lalu dengan majoriti 7,313 menewaskan calon BN yang juga Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas, K Moralingam.

0 comments:

share2