Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, April 10, 2014

KHALID TAK MINAT DEBAT TIMBALAN PRESIDEN




Shah Alam - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak berminat untuk menyertai debat Timbalan Presiden PKR yang disyorkan akar umbi.

Abdul Khalid memaklumkan bahawa tiada keperluan untuk dilaksanakan cadangan debat ini dalam usaha mencabar jawatan Timbalan Presiden PKR.

"Tidak ada debat sebab bukan semua ahli (calon) tinggal di Kuala Lumpur, ada yang di Sungai Lembing, Kota Bharu lagipun kalau sesi debat pun kita bukan ada televisyen untuk siarkan.

"Lagipun perkara ini bukanlah satu keperluan penting tetapi ia hanya melibatkan PKR dan ahlinya sahaja," katanya ketika ditemui di Lobi Dun, semalam.

Cadangan dan desakan untuk mengadakan debat berkenaan muncul di media sosial sejak minggu lalu apabila enam pemimpin PKR disahkan sebagai calon untuk merebut jawatan tersebut.

Selain Azmin dan Abdul Khalid, empat lagi calon jawatan timbalan presiden ialah Tian Chua, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Datuk K Ramachandram, dan Murali Subramaniam.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin Ali memberi respons berbeza daripada Abdul Khalid dengan memaklumkan bahawa beliau belum membuat keputusan sehingga tarikh tutup pencalonan.

"Tunggu tarikh tutup pencalonan baru umum nak debat atau tidak," katanya.

Bahkan penyandang Timbalan Presiden PKR itu menyifatkan gabungan trio pimpinan tertinggi PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli bagi menghadapi pemilihan parti itu Mei ini sebagai sebuah demokrasi.

Begitu juga dengan Abdul Khalid menyambut baik pembentukan trio berkenaan malah memaklumkan tidak berdepan sebarang tekanan.

"Saya tidak ada tekanan ini satu pembaharuan yang menggalakkan saya menyertai parti reformasi ini," katanya.

0 comments:

share2