Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, April 10, 2014

'BOSANLAH BELAJAR DI SEKOLAH'



Gombak: “Saya bosan belajar di sekolah. Lebih baik main permainan komputer di pusat Internet,” kata seorang pelajar tingkatan 5 yang ditangkap kerana ponteng sekolah dalam Operasi Kolaborasi Ops Ponteng (Ops Kobra) di Sri Gombak, kelmarin.

Seorang lagi pelajar yang ditahan ketika makan di sebuah kedai berhampiran sekolahnya pula memberi alasan dia ponteng kerana lapar dan makanan di kantin sekolahnya mahal.

Dalam operasi yang dijalankan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Kesihatan dan polis itu, 56 pelajar ditahan kerana berada di luar kawasan sekolah ketika waktu persekolahan.

Daripada jumlah itu, enam pelajar dikompaun kerana ditangkap menghisap rokok.

sebahagian pelajar ditahan dalam Ops Kobra di sekitar Gombak.


Pelajar yang ditangkap dalam pakaian seragam sekolah, baju sukan serta baju harian itu juga ‘mencipta’ pelbagai alasan tidak logik mengapa mereka keluar sekolah ketika waktu belajar.

0 comments:

share2