Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, April 29, 2014

IKUT RENTAK REAL




Terlalu pentingkan kawalan bola dan hantaran pada aksi suku akhir pertama akhirnya memakan diri, namun peluang Bayern Munich untuk menempah tiket ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara masih terbuka luas.

Permainan tiki-taka dikatakan memberi kelebihan kepada Bayern namun strategi diguna pakai pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti, lebih berhasil.

Tambahan pula, statistik kawalan bola tidak boleh dijadikan pengukur sesebuah kelab untuk meraih kemenangan.

Sejak 2009/2010, pasukan yang menguasai kawalan bola hanya memenangi 63 daripada 142 perlawanan di pusingan kalah mati.


Guardiola yakin menang di Munich

Sejarah antara dua kelab itu menunjukkan Die Roten menang sembilan kali dan satu seri dalam sepuluh pertemuan di bumi Jerman.

Pengendali Bayern, Pep Guardiola berkata, mereka tidak akan memandang enteng walaupun mempunyai rekod baik di Allianz Arena kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku.

“Mereka (Real Madrid) turun dengan bintang utama dan ini boleh mendatangkan masalah kepada strategi saya.

“Kami mampu lakukan lebih dari Borussia Dortmund untuk menghalang Real terus mara,” katanya.


Ronaldo tidak sabar

Bintang Los Blancos, Cristiano Ronaldo berkata dia tidak sabar untuk beraksi menentang anak buah Guardiola.

Pemain kelahiran Portugal itu semakin bernafsu untuk menjaringkan gol selepas direhatkan. Ini dapat dilihat selepas Ronaldo menjaringkan dua gol ketika Real membelasah Osasuna 4-0, kelmarin.

“Saya akan memberi persembahan yang terbaik untuk membantu pasukan saya menjulang trofi Liga Juara-Juara musim ini,” katanya.


Perlu agresif

Bagi Ancelotti, beliau mahu pemainnya mempamerkan kemampuan sebenar dan mengatasi persembahan mereka ketika pertemuan di Santiago Bernabeu pada 24 April lalu.

“Saya tidak mahu mereka terlalu memandang rendah pihak lawan kerana kami hampir dimalukan ketika bertemu Dortmund pada suku akhir.

“Anak buah saya akan bermain lebih agresif pada perlawanan timbal balik nanti,” katanya.

Ujarnya lagi, sama ada bertemu Chelsea mahupun Atletico Madrid di perlawanan akhir tidak perlu difikirkan lagi kerana pasukannya perlu menang dahulu ketika bertemu Bayern.

0 comments:

share2