Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, April 29, 2014

SIDANG DEWAN UNDANGAN NEGERI PAHANG KE-13 HARI KE-5

YB Dato' Shahaniza Shamsuddin, Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga, 
Komunikasi dan Multimedia


Hari ini adalah hari ke-5 Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang Yang Ke-13, Mesyuarat Pertama Penggal ke-2.


Sepanjang sidang dewan kali ini, perjalanan mesyuarat berjalanan dalam suasana yang tenang, malahan perbahasan pun tidak sehangat seperti yang dijangkakan. Pihak Pas yang dijangka membawa isu hudud juga senyap dan tidak membangkitkan isu berkenaan.

Isu lynas juga sudah semakin dingin diperkatakan, ini berkemungkinan kerana pada hari Rabu sebelumnya Ahli Dewan berserta Pegawai-pegawai Kerajaan telah dibawa melawat kilang Lynas di Gebeng untuk melihat dengan lebih dekat serta mendapat taklimat dari pihak berkenaan.

Isu lynas ini dipersetujui sendiri oleh wakil Semantan dalam sidang dewan ketika wakil kerajaan membuat pengulungan dalam sesi pagi tadi (semalam).

Dalam waktu sama wakil kerajaan berkenaan turut menegur pihak tertentu yang menyalahgunakan media sosial dengan menyebarkan fitnah dengan niat memberi gambaran buruk terhadap kerajaan antaranya membabitkan isu lynas dan 1 Malaysia Spiritual Tourism City dimana YAB Menteri Besar Pahang sendiri difitnah memiliki kereta mewah Roll Royce yang ditenggelamkan banjir.

Beliau juga berharap agar pemikiran rakyat tidak lagi dicemari dengan fitnah dan tohmahan yang hanya berniat memburukkan kerajaan melalui media sosial yang akhirnya akan memporak peranda dan merosakkan negara.

Esok (hari ini) Dewan akan bersidang lagi bagi hari terakhir dengan ucapan pengulungan oleh wakil kerajaan  Exco Pelancongan dan Kebudayaan dan diakhiri oleh YAB Menteri Besar Pahang.
















0 comments:

share2