Suasana tegang tercetus di luar Stadium Anfield selepas penyokong Liverpool bertempur dengan peminat Chelsea.
Insiden itu tercetus selepas segelintir penyokong The Blues menyanyikan lagu mengutuk ketua pasukan Liverpool, Steven Gerrard.
Pada pertemuan Liga Perdana Inggeris (EPL) kelmarin, kesilapan Gerrard menjadi punca Chelsea mendapat gol pendahuluan pada masa tambahan babak pertama.
Ketegangan itu bermula apabila seorang penyokong Liverpool tidak dapat menahan kekecewaan bertindak menumbuk pihak lawan.
Bagaimanapun, kehadiran polis berjaya menyekat pergaduhan daripada menjadi lebih serius kerana jumlah penyokong Liverpool yang ramai.
0 comments:
Post a Comment