Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, June 25, 2013

AKHIRNYA PEMBANGKANG TEWAS


KUALA LUMPUR - Tindakan kesemua 89 Ahli Parlimen pembangkang mengangkat sumpah di Dewan Rakyat membuktikan mereka akur kepada lunas Perlembagaan Persekutuan serta mengakui kekalahan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Bagaimanapun, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pembangkang berjaya memanipulasi pemikiran penyokong mereka untuk berdemontrasi membantah keputusan pilihan raya umum lalu termasuk yang dilakukan kira-kira 200 orang di luar Parlimen.

Tambah beliau, ketika kumpulan penyokong pembangkang itu berdemonstrasi dalam keadaan berjerebu dan panas, pemimpin-pemimpin mereka pula melalui perjalanan demokrasi dengan mengangkat sumpah.

"Apabila mereka datang (angkat sumpah), ia menunjukkan akhirnya mereka akur kepada Perlembagaan dan peraturan Dewan Rakyat.

"Namun, apa yang dilakukan beberapa NGO (pertubuhan bukan kerajaan) dengan berdemonstrasi membuktikan mereka tidak memahami Perlembagaan," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Terdahulu dalam sidang Dewan Rakyat, beliau yang juga Menteri Dalam Negeri membentangkan usul memerintah Ketua Polis Negara memberi kemudahan laluan kepada semua Ahli Parlimen serta memastikan keselamatan dan keamanan di sekitar kawasan Parlimen.

Merujuk kepada usul itu, beliau berkata, mana-mana pihak diingatkan tidak cuba menghalang pintu masuk Parlimen memandangkan usul tersebut diterima sebulat suara oleh semua Ahli Parlimen termasuk daripada pembangkang.

"Seharusnya itulah tindakan sebaiknya dan jangan mencari masalah, mereka harus terima apa jua akibat daripada masalah yang mereka lakukan," katanya.

0 comments:

share2